Cikgu Zaki & Cikgu Intan Diana

RPH Bestari
Home
Tentang Kami
Hubungi Kami
Album Keluarga
Bahasa Melayu - Latihan 1
Latihan 2
Tugasan Cikgu Intan Diana
Kursus Cikgu Zaki
Kursus Cikgu Intan Diana
Elemen Pedagogi Bestari
RPH Bestari

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bestari:
KOHORT PERTAMA, 2006 (Maktab Perguruan Batu Pahat)

Tingkatan : 4 Bestari
Tajuk : Masyarakat Malaysia alaf baru
Pakej/Modul : BM01P01
Masa : 80 minit
HPU & HPK : 1.0 (1.1,1.2) 7.0 (7.1)
HHP : Aras 1 ( ii ) Aras 2 (i)
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyenaraikan lima perubahan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada masa kini.
2. Memberi maksud lirik lagu dalam bahasa gramatis.
3. Menyenaraikan lima langkah untuk meningkatkan produktiviti dalam setiap sektor.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

line.gif

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
Keranamu Malaysia (5 Minit)
i.Guru memperdengarkan lagu Keranamu Malaysia dan meminta pelajar menyanyi bersama-sama.
ii.Bersoaljawab dengan pelajar:
a.Nyatakan lapisan masyarakat yang disebutkan dalam lagu.
b.Mengapakah anak-anak perlu diasuh mindanya.
c.Apakah harapan negara kepada masyarakat Malaysia alaf baru.
BBM
1. Lirik Lagu
2. Komputer/LCD

Nilai
- Cinta negara

Kecerdasan pelbagai:
-muzik
Langkah 1:
Menukar ayat puitis supaya menjadi gramatis (10 minit)
Aktiviti-Aktiviti (Langkah)
i.Pelajar membaca beberapa baris lagu seperti berikut:

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Jadi generasi bijak pandai

ii.Pelajar menyusun ayat daripada baris lagu supaya menjadi ayat yang gramatis dengan bantuan guru.
a.Gaya hidup buruh, nelayan dan petani sudah berubah.
b.Minda anak-anak terasuh supaya menjadi generasi bijak pandai.
BBM
-Powerpoint

Nilai
-Kegigihan
-Kerajinan

-Pembelajaran berbantu teknologi.
-Direktif
Langkah 2
Ayat majmuk dan ayat tunggal (10 minit)
i.Guru memaparkan ayat majmuk yang dipetik daripada lirik lagu contoh:
a.Gaya hidup buruh, nelayan dan petani sudah berubah.
b.Pakar teknologi maklumat, pakar ekonomi, jaguh sukan dan jutawan berkereta buatan nasional.
ii.Pelajar mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal contoh:
a.Gaya hidup buruh sudah berubah
b.Gaya hidup nelayan sudah berubah.
c.Gaya hidup petani sudah berubah.
BBM
-Powerpoint

Nilai
- Berdikari

-Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
-Pembelajaran bersifat individu.
Langkah 3
Masyarakat Malaysia alaf baru (20 minit)
i.Pelajar menyenaraikan lapisan masyarakat di Malaysia. Contoh buruh, petani, nelayan, guru dan lain-lain.
ii.Guru mencatatkan lapisan masyarakat di Malaysia.
iii.Pelajar membuat perbandingan masyarakat petani, buruh, nelayan dan peniaga dahulu dan alaf baru daripada aspek :
a.Peralatan
b.Pemasaran
c.Pendidikan
d.Gaya hidup
Nilai
- Bekerjasama

-Kajian masa depan.
-Kemahiran berfikir
-Pembelajaran kontekstual
Langkah 4
Usaha-usaha meningkatkan produktiviti masyarakat (30 minit)
i.Pelajar dipecahkan kepada empat kumpulan.
ii.Setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan usaha-usaha bagi meningkatkan produktiviti masyarakat seperti berikut:
Kumpulan 1: Petani
Kumpulan 2: Nelayan
Kumpulan 3: Peniaga
Kumpulan 4: Buruh
iii.Setiap kumpulan membentangkan hasil perrbincangan kumpulan.
iv.Pelajar berhujah mempertahankan idea kumpulan dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai.
BBM
-Kertas sebak.

Nilai
-Bekerjasama
-Berkeyakinan

-Koperatif dan koloboratif.
-Kecerdasan pelbagai (interpersonal)
-Pemudahcara

Penutup (5 minit)

i.Guru memperdengarkan lagu Keranamu Malaysia semula.
ii.Pelajar menyanyi beramai-ramai.

Nilai
-Cinta negara

line.gif

Pengisian Kurikulum
Sistem Bahasa: Sintaksis ( ayat dasar dan ayat majmuk)
Kemahiran Bernilai Tambah:
-Kecerdasan pelbagai: Muzik, dan interpersonal.
-Kemahiran generik: Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (KTMK)

-Strategi P&P : Direktif, kajian masa depan, kontekstual, koperatif dan koloboratif.

-Pendekatan pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan pelajar,pembelajaran berbantu teknologi

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
-Komputer
-CD
-Kertas sebak

Pengetahuan Perlu Ada
-Murid telah mendengar lagu Keranamu Malaysia.
-Murid telah mengetahui bidang-bidang pekerjaan di Malaysia.

Refleksi:

Selamat Datang!