Cikgu Zaki & Cikgu Intan Diana

BAHASA MELAYU

Home
Tentang Kami
Hubungi Kami
Album Keluarga
Bahasa Melayu - Latihan 1
Latihan 2
Tugasan Cikgu Intan Diana
Kursus Cikgu Zaki
Kursus Cikgu Intan Diana
Elemen Pedagogi Bestari
RPH Bestari

Latihan 2

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Berdasarkan paparan grafik di bawah, jelaskan tentang gejala buli di kalangan pelajar. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.

buli_moe.gif

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Berdasarkan paparan grafik di bawah, jelaskan tentang kebaikan mengekalkan amalan tradisi. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.

gambar_060.jpg

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Berdasarkan paparan grafik di bawah, jelaskan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.

ponteng.jpg

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang melonjak kecemerlangan sekolah kluster. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pemilihan 30 sekolah cemerlang sebagai sekolah kluster merupakan salah satu usaha penting kerajaan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah berkenaan, sebuah Jawatankuasa Panel Penasihat yang terdiri daripada 11 ahli panel yang pakar dalam pelbagai bidang telah ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut berperanan untuk memastikan pemilihan sekolah cemerlang dibuat secara telus dan mempunyai kredibiliti.

Perkara itu terkandung dalam Kad Laporan berhubung Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein di sini hari ini. Lembaga Penasihat itu juga telah mengambil inisiatif untuk melihat contoh di negara lain dalam usaha memantapkan lagi program kluster itu.

Sekolah-sekolah tersebut telah mengenal pasti 'niche areas' tersendiri dan merupakan sekolah yang dirasakan terbaik dan mampu dijadikan contoh di kalangan jenis sekolah masing-masing. Di samping itu, dalam memastikan kepimpinan di peringkat sekolah terus perkasa agar mampu melaksanakan agenda, KPM telah merangka usaha sama dengan universiti-universiti terkemuka di dunia bagi mengadakan latihan dan kursus untuk Pengetua/Guru Besar sekolah yang terlibat.

Antaranya ialah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan King's College London pada 30 Mac 2007 bagi menjalin kerjasama dalam melaksanakan program latihan kepimpinan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah cemerlang. Mereka yang telah dipilih akan mengikuti latihan kepimpinan dan ditempatkan secara sandaran di sekolah-sekolah di Britain selama dua bulan mulai Oktober 2007.

Utusan Malaysia, 04 Julai 2007

Enter content here

Enter supporting content here

Selamat Datang!