Cikgu Zaki & Cikgu Intan Diana

BAHASA MELAYU

Home
Tentang Kami
Hubungi Kami
Album Keluarga
Bahasa Melayu - Latihan 1
Latihan 2
Tugasan Cikgu Intan Diana
Kursus Cikgu Zaki
Kursus Cikgu Intan Diana
Elemen Pedagogi Bestari
RPH Bestari

Latihan 1

BAHASA MELAYU

Kemahiran Belajar

1. Kemahiran Carian
2. Kemahiran Komunikasi
3. Kemahiran Membaca (scanning & scheming)
4. Kemahiran Mencatat Nota
5. Kemahiran Penyelidikan
6. Kemahiran Memerhati
7. Kemahiran Teknikal

Anda ditugaskan untuk mencari maklumat tentang Kemahiran Belajar menerusi Internet. Selamat mencuba.

BAHASA MELAYU Peralihan

Berdasarkan gambar di bawah, tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 50 patah perkataan menceritakan situasi itu.

pic022.jpg

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Berdasarkan paparan grafik di bawah, jelaskan tentang kepincangan dan kelemahan di dalam masyarakat Malaysia hari ini. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.

banci.jpg
Utusan Malaysia (Bancian 29 September 2007)

BAHASA MELAYU Tingkatan 1, 2 dan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan proses penjenamaan semula Program Susu Sekolah. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

PROGRAM Susu Sekolah (PSS) Kementerian Pelajaran akan muncul dengan imej baru selepas proses penjenamaan semula menerusi kawalan serta seliaan menyeluruh oleh jabatan pelajaran negeri (JPN) dan jabatan kesihatan mulai sesi persekolahan tahun depan. Pengarah Bahagian Sekolah, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata proses itu akan dilaksanakan secara komprehensif berdasarkan pemeriksaan terperinci dua jabatan berkenaan menerusi Jawatankuasa Induk 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan) PSS.

Penjenamaan semula program diperkenalkan sejak 1981 itu, katanya bagi mengekalkan imej PSS yang dilaksanakan sejak sekian lama dan terbukti berkesan kepada pertumbuhan minda murid. Proses itu kata Noor Rezan, dilaksana dengan mengambil kira beberapa faktor terutama kebersihan ketika proses pengendalian, kandungan susu sesuai mengikut piawaian pemakanan pada peringkat kilang dan kesesuaian tempat menyimpan di stor penyimpanan setiap negeri dan sekolah.

"Bagi melancarkan proses pemeriksaan dan penelitian, pegawai kedua-dua jabatan berkenan sudah mengadakan beberapa siri lawatan ke tiga kilang pembekal iaitu Dutch Lady, Fonterra Brand dan Sabah International Diaries. "Pemeriksaan juga diteruskan ke beberapa kilang di negeri terbabit sebelum bekalan berkenaan dihantar ke jabatan dan JPN hinggalah proses penyimpanan di sekolah," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Menerusi proses penjenamaan semula itu, Noor Rezan berkata, pihaknya mengarahkan semua sekolah menyediakan bilik khas bagi tujuan penyimpanan bagi memastikan kualiti susu UHT yang dibekalkan tahan lebih lama. Susu UHT katanya, adalah kategori yang boleh tahan lama walaupun dalam suhu bilik berbanding susu segar. Bekalan itu tidak akan rosak jika tarikh luputnya belum berakhir. "Mulai tahun depan juga, sekolah dikehendaki menyediakan alat pendingin minuman (chiller) bagi memastikan susu yang akan diagihkan pada keesokan hari berada dalam keadaan segar," katanya.

Berita Harian, 29 September 2007

PERHATIAN!

Segala tugasan mesti diserahkan kepada Cikgu Zaki selewat-lewatnya 7 hari selepas diberi.
Kerjasama semua pelajar sangat dihargai.

Selamat menjawab:)

Sila berjumpa dengan cikgu jika anda menghadapi kesulitan.

Selamat Datang!